'Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam..
maka sekiranya kita mencari kemuliaan dengan yang selain daripadanya..
maka kita dihinakan Allah...
'sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah S.A.W itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang menharapkan (rahmat) Allah S.W.T dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah S.W.T..'
'Ketahuilah, bahawa dengan mengigati Allah, kita akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengigati Allah, Zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap...'
'Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Dan apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap..
'Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan, dan melenyapkan kegundahan.
Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah..'
"Allah tidak menbebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya (kemampuannya). la mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."