pages

Friday, September 18, 2009

TAKUT KEPADA ALLAH

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada ALLAH dan seluruh anggota badannya.Sebagaimana Abul-Laits telah berkata ,

"Tanda-tanda takut kepada ALLAH itu kelihatan pada 7 perkara".

-Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah BERBUAL KOSONG dan BANYAK BERCAKAP. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Qur'an dan muzakarah ilmu.

-Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:

"hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. TIDAK ADA UBAT untuk penyakit hati selain ILMU dan AMAL!

-ketiga, pada pandagannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang HARAM. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil IKTIBAR. Rasulullah telah bersabda:

"barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka ALLAH akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat"

-keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang HARAM. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di NERAKA."

-kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada ALLAH.
Dirawikan daripada ka'ab Akhbar, dia berkata:
"Sesungguhnya ALLAH telah menciptakan bangunan dari Zabarjud hijau.Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.Setiap aula
terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk
ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada ALLAH."
keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada ALLAH,mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
ketujuh, terlihat pada ketaatannya. dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam ketegori orang-orang yang dikatakan oleh ALLAH dalam:
1.surah Al-Hijr ayat 45
2.surah Asy Syura ayat 28

[dipetik dari buku PENENANG JIWA terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB imam al-ghazali]




No comments:

Post a Comment